top of page

KISAH LAIN BERKAITAN KAWASAN KAMPUNG

TINGGALAN TAPAK RADAR TUDM BUKIT JUGRA

Pada tahun 1971, TUDM menempatkan radar Marconi S600 di situ. Kem TUDM jugra Skuadron 201 juga menempatkan pasukan HANDAU untuk memastikan keselamatan kemdan asset mereka di puncak Bukit Jugra itu. Kini radar itu telah dipindahkan . Yang tinggal hanyalah pintu masuk berpagar sebagai saksi kewujudannya satu masa dahulu.

img_2870.jpg

SEJARAH JUGRA SEBAGAI BANDAR DIRAJA SELANGOR DAHULU

 Mukim Bandar/Jugra pada suatu ketika dahulu (1814-1903) terkenal sebagai pusat pentadbIran negeri Selangor yang kini mula dilupakan.Jika kita imbas kembali sejarah, nama Jugra tercatat dalam sejarah lama sejak pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka iaitu ketika Bendahara Tun Perak dihantar ke Klang sebagai wakil sultan di sana. Daerah Langat diambil sempena nama sungai yang bermaksud 'air hangat'. Sebenarnya perkembangan Jugra mula dijadikan petempatan diraja sejak 1826, iaitu ketika Raja Mohamed menyerahkannya kepada adindanya Raja Abdullah  sebagai hadiah membantu baginda menjadi sultan. Ketika itu Langat merupakan antara pengeluar timah (Rekoh di Hulu Langat) dan rotan yang utama selain Lukut. Menurut catatan Inggeris, terdapat kira-kira 500 orang penduduk tinggal di situ. Setelah kemangkatan raja Abdullah pada 1857, Sultan Abdul Samad  pula diltabalkan menjadi sultan yang baru.
Mengapakah kerajaan Selangor memindahkan  seluruh pentadbiran negeri dari Kuala Selangor ke Jugra sedangkan Jugra merupakan kawasan dataran yang dikelilingi paya bakau?

Baginda memilih untuk  terus bersemayam di Jugra atas beberapa sebab:
1. Lokasi Jugra yang strategik dari aspek logistik, ekonomi dan keselamatan. Jika dilihat peta negeri Selangor dan jajahan takluknya meliputi lembah Sungai Bernam, Sungai Selangor, Sungai Klang, Sungai Langat dan Lukut. Kesemua daerah ini kecuali daerah Bernam merupakan hab atau pengkalan-pengkalan utama ekonomi Selangor. Pada masa itu, bijih timah yang menjadi eksport terpenting Selangor telah diusahakan sejak abad ke-16 lagi. Kedudukan Langat (Jugra) ditengah-tengah kawasan lubuk 'emas' ini amat penting, memandangkan sebahagian besar bijih timah dieksport ke Melaka.

2. Bentuk muka bumi Jugra amat strategik. Terletak kira-kira 4 batu dari muara sungai, bererti akses segera ke laut untuk sebarang urusan  rasmi negeri memandangkan jalan laut di Selat Melaka merupakan jalan utama perhubungan persisir pantai dan antarabangsa.
3. Bukit Jugra sememangnya merupakan mercu tanda kepada pelayar dan pedagang sejak dahulu lagi. Kedudukan bukit ini menyamai bukit di mana kota Melaka dibina dan istana sultan Melaka terletak. Justeru bukit Jugra menjadi kubu dan istana diraja kerajaan Sultan Selangor ketika itu. Dari atas bukit inilah tentera baginda dapat mengawasi perairan negeri dan kawasan pedalaman sejauh Klang. Sebarang usaha pihak musuh untuk menyerang istana dapat segera diketahui dan memberi masa untuk baginda bertindak balas, memohon bantuan, ataupun melarikan diri sama ada melalui laut atau sungai Langat ke kawasan pedalaman di bawah takluk baginda.

​4. Kedudukan Sungai Langat yang berhampiran yang dapat dimudiki sejauh Ulu Langat dan Sungai Ujong    (dengan mudik ke hulu menerusi Sungai Labu di Kuala Labu). Sungai Langat juga  bersambung dengan Sungai Klang memudahkan perjalanan baginda atau wakil baginda ke Klang tanpa perlu belayar di laut sebelum masuk ke Kuala Klang bagi tujuan kutipan cukai hasil bijih timah dan sebagainya.
5. Baginda Sultan Abdul Samad juga dikatakan tidak mahu terlibat dengan persengketaan sesama kerabat baginda yang kemudiannya memuncak sehingga berlaku perang saudara di Selangor (1867-1874).

Istana Jugra Lama 1874.jpg
Sejarah Lain Berkaitan: Services

KISAH HARIMAU DI JUGRA

Kisah tentang harimau di Jugra terdapat 3 mitos semuanya. Antaranya kisah tentang Puteri Melaka bernama Puteri Gunong Ledang yang membunuh suaminya sendiri. Sang putri pun kemudian membawa jasad suaminya ke darat (sang putri membunuhnya ketika mereka sedang berada di atas sampan) dan menguburkannya di kaki Bukit Jugra. Dalam proses penguburan tersebut sang putri didampingi oleh dua ekor kucing yang kemudian berubah menjadi hantu harimau yang diperintahkan untuk menjaga pemakaman suami sang putri. Keduanya ialah cerita tentang harimau betina yang dijerat dan dibunuh. Semua orang di istana dan kawasan berhampiran termasuk Sultan dan dirinya menjamu selera makan daging  harimau yang dimasak. Rasanya seperti daging pejal lembu jantan Organ-organ harimau tersebut digunakan untuk tujuan perubatan.Tulangnya direbus menjadi tonik berubat. Darahnya dijadikan tonik oleh orang Cina di situ. Hati dan hempedunya dijemur untuk dijadikan ubat oleh sultan dan kaum Cina. Memang, mengikut perubatan Cina, hampir keseluruhan bahagian harimau berguna untuk kesihatan. Terakhir ialah Pulau Carey dahulupun ketika dibuka memang banyak gajah yang merosakkan tanaman Binatang liar lain termasuk harimau dan rusa banyak kelihatan. Harimau pernah dilihat berenang merentasi sungai Langat di situ. Memanglah, ketika itu banyak kawasan hutan  termasuk di Telok dan di Kampung Medan diteroka untuk dijadikan kebun atau ladang. Semestinya kawasan semula jadi harimau ini terganggu. Apabila berlaku hal tersebut, maka harimau ini akan menjadikan ternakan seperti lembu dan kambing  bahkan manusia sebagai habuan segera. Pernah berlaku pertarungan antara harimau dengan manusia di situ. Ketika itu British  menggalakkan rakyat membuka perkampungan dan kawasan pertanian yang baru membenarkan bahkan membayar habuan atau reward setiap ekor harimau atau buaya yang dibunuh atas alasan menjaga keselamatan penduduk. Setiap ekor harimau yang dibunuh atau dijerat dibayar sebanyak RM50 seekor tanpa mengira saiz, dan tidak kurang daripada RM200 bagi harimau pemakan manusia. Banyak cerita dan laporan akhbar tentang kematian ramai manusia terutama pekerja estet di sekitar Jugra, Sepang, dan Klang akibat serangan harimau. 


Man-eaters10.jpg

WW2, KUBU TENTERA JEPUN & OPERASI ZIPPER

Ketika Perang Dunia Kedua , pihak tentera Jepun telah menjadikan Istana Bandar sebagai ibu pejabat mereka di Kuala Langat. Walaupun Istana bandar tempat Sultan Alaudin bersemayam dan mangkat pada tahun 1938, istana ini dalam keadaan terbiar sehinggalah tentera Jepun mengambil alihnya. Mengapa mereka memilih istana ini sebagai HQ mereka? Hal ini kerana istana ini dibina menggunakan batu dan konkrit yang lebih kukuh untuk perlindungan berbanding istana-istana kayu Melayu. Di Morib mereka membina kubu tepi pantai pula, Mes pegawai atasan mereka pula di Rumah Rehat pegawai kerajaan. Hahahaha….pasti korang terkejut beruk kalau aku katakan mereka juga telah membina sebuah landasan terbang untuk operasi kapal terbang Zero mereka di Ladang Kelanang, tidak jauh dari Simpang Morib. Sebenarnya mereka tidak berminat untuk membina pengkalan tentera udara mereka di situ, cukup hanya beberapa buah berek dan hangar untuk satu, dua  skuadron kapal terbang mereka. Lokasinya yang tersorok kira-kira 1km dari jalan raya Kelanang-Simpang Morib dan Kg. Sungai Arak dan dikelilingi pokok kelapa, memang strategik dan ada unsur kejutan kepada pengintip tentera Berikat. Landasan sejauh satu batu setengah ini penting untuk kawalan dan tinjauan udara di pesisir pantai antara Pelabuhan Klang dan Port Dickson, dan sebagai bantuan sokongan kepada markas tentera darat mereka di pantai Morib. Mereka menjangkakan tentangan hebat daripada pihak Jepun di Morib tetapi memandangkan Hiroshima telah dibom atom pada pertengahan Bulan Ogos tahun 1945, Berikutan peristiwa itu, Jepun telah menyerah kalah,Operation Zipper diteruskan namun tanpa serangan tentera dan kini Operation Tiderace dilancarkan pada 9 September 1945, dengan  bala tentera yang sama dalam Operation Zipper. Pengambilan landasan udara Kelanang dilakukan setelah pendaratan tentera di Morib. Pihak Jepun seolah-olah telah mengetahui hal ini dan menyerahkannya kepada tentera udara British. Tiada tentangan daripada pihak Jepun di situ kerana mereka telah pun bergerak ke Kuala Lumpur untuk upacara penyerahan senjata tanda mengaku kalah kepada pihak Berikat. Tentera Jepun sudah mula menyerah di Penang dan Singapura. Walaupun tak mendapat tentangan,  operasi sebesar ini menjadi masalah kerana pantai berlumpur Morib. Lebih 300 buah kenderaan tentera tersadai di pantai Morib kerana terkandas di beting-beting pasir dan ditinggalkan begitu sahaja sehinggalah pada tahun 1948, seorang kontraktor membeli kesemua bangkai kenderaan yang dah berkarat tersebut untuk dijual sebagai besi buruk. Penyerahan Senjata oleh Tentera Jepun di Malaya dilakukan oleh  Lieutenant General Ishiguro kepada Lieutenant General Roberts (XXXIV Corps) pada 13 September di Kuala Lumpur.

IMG_20170926_125510_232.jpg
Sejarah Lain Berkaitan: Services

©2020 by KAMPUNG PERMATANG PASIR 42700 BANTING. Proudly created with Wix.com

bottom of page